Monday 15 August 2011

NAK CITE APA YA................

Semalam buat pertama kalinya kami dapat berbuka puasa di rumah sendiri kerana sebelum ni kami berbuka puasa di kedai jahit ibu ku dan sabtu dan ahad minggu pertama puasa ibu mertua ku ajak berbuka di kampung - Kg Sg Jai Beranang bersama adik beradik suami ku.
Memang susah nak ajak ibu ku berbuka di luar selain rumah arwah kakak ku. Memandangkan ibu ku berbuka seorang aku masakkan lauk untuknya -
                                                       PERIA UDANG MASAK TAUCU
Senang sangat resepinya udang lebih kurang 20 ekor, peria 2 biji  dihiris lebih kurang 1/2 inci direndam sebentar bersama air garam. 2 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, 1 inci halia dan sebiji bawang besar, cili hijau/merah semuanya dihiris jika suka pedas boleh guna cili api dan satu sudu besar taucu.
cara2nya:-
tumis bahan hirisan, masukkan udang digoreng sebentar kemudian masukkan peria dan taucu biarkan hingga mendidih tambahkan sedikit air masukkan perisa garam dan sedikit gula dah siap.


Setelah siap masak untuk ibu ku, tiba pula giliran masakkan untuk family ku ringkas saja menunya atas permintaan suamiku yang mahu ikan selar masak kicap oleh kerana anak2 ku tidak gemar ikan selar jadi untuk anak2 ku masakkan ayam masak kicap dan sayurnya tauge tumis bersama sos tiram ditabur bawang goreng buatan sendiri diatasnya setelah masak. Setelah siap maskan untuk berbuka, my Princess Arianna Najihah minta bondanya buat biskut raya aduhhh anak bonda dah penat dia merayu juga katanya bonda bancuhkan biar dia isikan dalam cake cup. Ku intai blog biskut apa yang senang dibuat lalu yang terintai adalah biskut conflakes dari blog nonierahman - Food and Passion, thanks ya nonie. dapatlah sebalang lebih, yang lebihnya dah hilang dalam mulut anak2........:))


BISKUT CONFLAKES (RESEPI DARI NONIERAHMAN)
BAHAN A

250GM BUTTER
230GM GULA ICING
1 SK ESEN VANILLA
2 BIJI KUNING TELUR

BAHAN B

300GM TEPUNG GANDUM*
100GM TEPUNG JAGUNG*
1/2 SK SODA BICARBONATE*
2 CAWAN CONFLAKES - DIRAMAS KASAR
*SEMUA DIAYAK BERSAMA

CARANYA

PUKUL BUTTER DAN GULA ICING - KEMBANG
MASUKKAN TELUR, ESEN VANILLA  - HINGGA SEBATI
KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN YG DIAYAK BERSAMA DAN CONFLAKES
BENTUKAN MENGIKUT CITARASA ANDA
BAKAR 150' - 15-20 MINIT.

2 comments:

  1. salam ziarah

    terima kasih sudi follow blog cik ina. dah siap wat biskut raya.bestnya

    ReplyDelete
  2. anak2 yang sibuk suh buat layannnnnnnnnnnn je.....:))

    ReplyDelete