Thursday 26 May 2011

Birthday Cake for My Princess Arianna Najihah Sofian

Special for my Princess Arianna Najihah Sofian from Bonda with love.



untuk membuatnya kita memerlukan 3 biji kek bulat dan sebiji kek yang permukaan atasnya seperti mangkuk.
 permukaannya diratakan (sebelum dipotong kek perlu disimpan dalam peti sejuk ianya bagi memudahkan utk dipotong). Tengah kek harus dipotong utk memasukkan patung barbie.
 krim kek saya guna krimwell 300gm, butter 100gm dan gula ising 400gm, pewarna pink  dan   strawberry paste pukul hingga gebu.
 kek disapu dgn krim selapis demi selapis.
 setelah selesai kesemuanya beginilah hasilnya. kek ini perlu disimpan dlm peti sejuk lebih kurang 45 minit. Kemudian sapukan lagi krim kek utk dibentuk gaunnya dan masukkan patung barbie ditgh2 kek dan hiaslah mengikut citarasa anda.

pada skirt barbie bolehlah ditaburkan manik2 atau manik berbentuk love yg kecil.

Wednesday 25 May 2011

BUFDAY MY HUBBY

 saya buat sendiri untuk my hubby sambil dibantu oleh anak2 saya Aliff, Najihah dan si cilik Iman.





Butter cake blended ( resepi my mom)

Add caption
 Bahan-bahan :-
1 cawan butter
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 sk esen vanilla
2 cawan tepung naik sendiri

Cara-cara membuatnya:-
blend butter, gula dan telur hingga kembang kemudian masukkan esen vanilla setelah itu masukkan tepung. Bahagikan 3 adunan warnakan mengikut citarasa anda. Saya malas nak kotorkan banyak mangkuk jadi saya hanya masukkan warna diatas kek, dan kacau didalam loyang seperti gambar tersebut. Leserkan butter sedikit pada loyang kek ( 19cm) masukkan adunan kek kedalam loyang dan bakar selama 35-40 minit.




       
merekah sedikit mungkin kerana terlebih suhunya.


inilah hasilnya sedap rasa seperti kek dolu-dolu.