Sunday 17 July 2011

MINI PIZZA

Anak-anak kalau makan pizza mesti kulitnya x dimakan hanya bahagian atas sahaja dimakan. Sebab tu lah saya buat mini pizza menggunakan roti gardenia.

Bahan-bahannya:-
beberapa keping roti gardenia
sausage dihiris nipis
bawang bombay dipotong dadu
lada banggala dipotong dadu
isi ayam dipotong dadu
tomato puree
italian herbs (McCORMICK)
minyak zaiton
cheese untuk topping

Cara-caranya:-

tumiskan bawang bombay, isi ayam, sausage dan lada banggala kemudian masukkan italian herbs, tomato puree dan tambahkan perasa mengikut citarasa anda. Letakkan bahan yg dimasak tadi di atas roti dan taburkan cheese kemudian dibakar. Anak2 pasti suka akan rasanya. Ianya enak dimakan ketika masih panas.



.

No comments:

Post a Comment