Memang susah nak ajak ibu ku berbuka di luar selain rumah arwah kakak ku. Memandangkan ibu ku berbuka seorang aku masakkan lauk untuknya -
PERIA UDANG MASAK TAUCU
tumis bahan hirisan, masukkan udang digoreng sebentar kemudian masukkan peria dan taucu biarkan hingga mendidih tambahkan sedikit air masukkan perisa garam dan sedikit gula dah siap.
Setelah siap masak untuk ibu ku, tiba pula giliran masakkan untuk family ku ringkas saja menunya atas permintaan suamiku yang mahu ikan selar masak kicap oleh kerana anak2 ku tidak gemar ikan selar jadi untuk anak2 ku masakkan ayam masak kicap dan sayurnya tauge tumis bersama sos tiram ditabur bawang goreng buatan sendiri diatasnya setelah masak. Setelah siap maskan untuk berbuka, my Princess Arianna Najihah minta bondanya buat biskut raya aduhhh anak bonda dah penat dia merayu juga katanya bonda bancuhkan biar dia isikan dalam cake cup. Ku intai blog biskut apa yang senang dibuat lalu yang terintai adalah biskut conflakes dari blog nonierahman - Food and Passion, thanks ya nonie. dapatlah sebalang lebih, yang lebihnya dah hilang dalam mulut anak2........:))
BISKUT CONFLAKES (RESEPI DARI NONIERAHMAN) |
250GM BUTTER
230GM GULA ICING
1 SK ESEN VANILLA
2 BIJI KUNING TELUR
BAHAN B
300GM TEPUNG GANDUM*
100GM TEPUNG JAGUNG*
1/2 SK SODA BICARBONATE*
2 CAWAN CONFLAKES - DIRAMAS KASAR
*SEMUA DIAYAK BERSAMA
CARANYA
PUKUL BUTTER DAN GULA ICING - KEMBANG
MASUKKAN TELUR, ESEN VANILLA - HINGGA SEBATI
KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN YG DIAYAK BERSAMA DAN CONFLAKES
BENTUKAN MENGIKUT CITARASA ANDA
BAKAR 150' - 15-20 MINIT.
salam ziarah
ReplyDeleteterima kasih sudi follow blog cik ina. dah siap wat biskut raya.bestnya
anak2 yang sibuk suh buat layannnnnnnnnnnn je.....:))
ReplyDelete