Friday 29 July 2011

BEREHAT SEBENTAR

Assalamualaikum dan salam Ramadhan........
Rasa macam dah lama saya x masak apa2 kat blog saya. Anak saya yang sulong PUTERA ALIFF HAIQAL baru saje selesai trial exam UPSR tu yang busy ckit x upload apa gambar masakan, saya juga busy dgn tempahan jahitan. Alhamdulillah hampir siap semuanya. Esok kami nak buat kenduri tahlil arwah kakak saya arwah RAJA MAIZATUL AZURA RAJA OTHMAN, x tahu lah nak masak apa utk kenduri tu nanti ingat nak singgah kat blog kawan2 yg saya follow semuanya sedap2. Banyak majlis kenduri kahwin tu yang lambat buat kenduri minggu ni aje ada free. Oklah sampai cni aje ya saya nak bersiap nak gi KL jap dgn hubby.

Saturday 23 July 2011

DAGING SATE GORENG BERLADA KETUMBAR

Daging sate ni lembut ianya daging batang pinang. Saya beli SATE AJAM  dia memang menggunakan daging batang pinang.

Bahan2nya mudah saja:- saya gunakan 20 cucuk sate daging, sambal kuah sate, segenggam biji ketumbar ditumbuk bersama 1 biji bawang besar dan 3 bijji bawang putih. Cara memasaknya senang aje gorengkan dulu daging sate seketika kemudian diangkat dan ketepikan tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan sambal kuah sate dan daging sate yang telah digoreng tadi tambahkan sedikit garam dan gula sedia dihidangkan bersama nasi panas.

BREAKFAST TIME...

Khas buat hubby dan anak2 ku.

YEE MEE MY STYLE

Walaup0n nampak macam x membangkitkan selera tapi tenghari semalam saya kena masak 2 kali atas permintaan anak2. Saya masak untuk anak2 makan ketika pulang dari sekolah kemudian mereka balik dari tuisyen mereka minta saya masak sekali lagi...emmmm tu lah anak2 saya, alhamdulillah bonda mereka ni suka masak kalau tidak x tahu ler ye.........:))

yee mee
ayam saya gunakan bahagian peha & telur
sawi bunga, cendawan shitake dipotong 4, bawang putih 3 biji dicincang, halia dihiris, cili kering dipotong2



tumiskan bawang putih, halia, cili kering dan ayam biarkan seketika kemudian masukkan cendawan shitake, sos tiram saya gunakan 1/2 botol yang kecil, lada sulah dan kicap manis kipas udang tambahkan lebih kurang 2 cawan air bila dah menggelegak masukkan yee mee dan telur jangan lupa sawi ya.


Friday 22 July 2011

MEE UDANG - DELIMAS

Mee Udang kegemaran keluarga ku.

inilah pes mee udang yang digunakan cuma tambah air 900ml kemudian masukkan udang, fishball dan fishcake. Jika suka boleh masukkan juga isi ayam atau daging.

bahan-bahannya sayur kangkung, taugeh, mee kuning dicelur sebentar. Pes mee udang dimasak bersama 900ml air hingga menggelegak kemudian masukkan udang, fishball dan fishcake. Dihidangkan bersama telur rebus dan bawang goreng.

Wednesday 20 July 2011

AYAM BERLADA DAUN KARI

inilah ayam berlada daun kari kegemaran anak2 ku.
cili kering RM1.00 dikisar.
2 biji bawang besar dihiris, 2 biji bawang putih diketuk dan segenggam daun kari.


beberapa ketul ayam goreng.

tumiskan  bawang2 dan daun kari hingga naik bau.

 masukkan cili kisar biarkan seketika hingga cili bertukar warna merah gelap kemudian masukkan perisa garam dan gula, sambal ini rasanya pedas-pedas manis.

Monday 18 July 2011

KARI TELUR ADABI

Bahannya:- beberapa biji telur rebus,  1 cawan santan, 1 paket serbuk kari ayam/ikan ADABI, 5 ulas  bawang merah, 2 ulas bawang putih, segenggam daun kari dan sedikit halia semuanya ditumbuk kecuali daun kari. Tumiskan bahan yang ditumbuk dan masukkan daun kari dan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air  sehingga naik bau kemudian masukan 2 cawan air biarkan hingga mendidih kemudian masukkan santan, jgn lupa bahan perasa biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan bersama nasi atau roti.











































































Sunday 17 July 2011

MINI PIZZA

Anak-anak kalau makan pizza mesti kulitnya x dimakan hanya bahagian atas sahaja dimakan. Sebab tu lah saya buat mini pizza menggunakan roti gardenia.

Bahan-bahannya:-
beberapa keping roti gardenia
sausage dihiris nipis
bawang bombay dipotong dadu
lada banggala dipotong dadu
isi ayam dipotong dadu
tomato puree
italian herbs (McCORMICK)
minyak zaiton
cheese untuk topping

Cara-caranya:-

tumiskan bawang bombay, isi ayam, sausage dan lada banggala kemudian masukkan italian herbs, tomato puree dan tambahkan perasa mengikut citarasa anda. Letakkan bahan yg dimasak tadi di atas roti dan taburkan cheese kemudian dibakar. Anak2 pasti suka akan rasanya. Ianya enak dimakan ketika masih panas.



.

Friday 15 July 2011

AYAM PANGGANG ALA ALA KENNY ROGERS..............

Ayam dicucuk-cucuk dengan garfu terlebih dahulu agar masak keseluruhannya. Diperap bersama sos lada hitam (jenama Life) beberapa biji bawang kecil, bawang putih, halia yang ditumbuk/blend. Dilumurkan bahan-bahan tadi pada ayam kerana saya kehabisan madu jadi saya taburkan gula perang pada ayam tersebut dan perahan limau nipis. Dibiarkan sebentar lagi lama lagi bagus.

Inilah hasilnya setelah dipanggang lebih kurang hampir 1jam. Kerana anak2 dah lapar saya terlupa nak ambil gambar kuahnya yang saya buat sendiri :- sebiji bawang besar dipotong dadu,  2 biji bawang putih diketuk dan 1 kiub ayam maggi  ditumis bersama sedikit mentega dan sos lada hitam (life) di tambah sedikit air dan pekatkan dgn air bancuhan tepung jagung.

Wednesday 13 July 2011

SAUSAGE ROLL

Roti gardenia dipotong bahagian keraknya kemudian dipotong dua.

 Sausage yang panjang dipotong 3.

biasanya saya gunakan 2/3 biji telor dipukul sedikit bersama secubit garam dan serbuk lada sulah.

ambil sekeping roti digulung bersama sausage yang telah dipotong.

inilah hasilnya sausage roll yang telah digulung.

dicelup dalam telur yang telah yang telah dipukul tadi.

digoreng dalam minyak yang sederhana panas, jgn terlalu panas nanti ianya cepat hangus.
inilah SAUSAGE ROLL yang sedap, untuk pengetahuan semua saya lebih suka menggunakan roti GARDENIA kerana ianya lebih sedap berbanding dari jenama lain.

Saturday 9 July 2011

Nasi Lemak Hijau Daun Pandan

Saya ambil beberapa helai daun pandan dan saya blendkan kemudian  campurkan bersama santan dan masak nasi lemak seperti biasa. Cili kering p0n saya blend bersama 3 biji bawang besar dan segengam ikan bilis kemudian tumis macam kita nak msk sambal ikan bilis.