Friday, 15 July 2011

AYAM PANGGANG ALA ALA KENNY ROGERS..............

Ayam dicucuk-cucuk dengan garfu terlebih dahulu agar masak keseluruhannya. Diperap bersama sos lada hitam (jenama Life) beberapa biji bawang kecil, bawang putih, halia yang ditumbuk/blend. Dilumurkan bahan-bahan tadi pada ayam kerana saya kehabisan madu jadi saya taburkan gula perang pada ayam tersebut dan perahan limau nipis. Dibiarkan sebentar lagi lama lagi bagus.

Inilah hasilnya setelah dipanggang lebih kurang hampir 1jam. Kerana anak2 dah lapar saya terlupa nak ambil gambar kuahnya yang saya buat sendiri :- sebiji bawang besar dipotong dadu,  2 biji bawang putih diketuk dan 1 kiub ayam maggi  ditumis bersama sedikit mentega dan sos lada hitam (life) di tambah sedikit air dan pekatkan dgn air bancuhan tepung jagung.

1 comment:

  1. saya buat malam tadi, seronok tengok anak2 dan hubby makan...........

    ReplyDelete